Monday 16 January 2012

Jangan suka sakitkan hati orang walaupun niat gurauan....



“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”
Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”
Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”
“Baik, ibu.”
Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.
“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut.
Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.
Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Wednesday 4 January 2012

Lirik Lagu Ungu Percaya Padaku


aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Thursday 29 December 2011

~ Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman ~

Kali ini ingin berkongsi Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarangmelakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.

Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

11 Makanan Penyebab jadi peLupa:


1) Banyak makan epal yang sudah masam
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan
3) Banyak makan bawang besar
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering
5) Memakan kepala ikan
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak atau tuak masam
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Cthnya, minuman bergas dan makanan segera. Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

lawak ::

girl I : Betul U sayang I ??
b0y : Ye sayang, I tak tipu.
girl I: U nie, jangan laa pegang2 I..
b0y: I pegang sikit je sayang..
girl I : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
 
b0y : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
girl I: Betul? U nak kahwin dengan I?
b0y : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa.
I pegang sikit je.boleh ye sayang??

Setahun selepas itu. . .

girl I : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I.
Tapi bila u dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain..

b0y : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang
senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..
Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki
yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?

girl I: Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak,
macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?

b0y: I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .

girl I: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..

b0y: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.

girl I: U akan dapat balasannya nanti . .

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya..

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.

Lelaki: Sayang… I love u so much..

Wanita II: Me too sayang..

Lelaki: I bertuah kahwin dengan u.

Wanita II : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..

Lelaki: Apa dia sayang?

Wanita II : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I..
I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je..
Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik
macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?

Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut)


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(An-Nur’:26).

::blajalah tuk setia n menghargai..
jgn terlampau memilih kesempurnaan...
blajalah menerima seadanya..>3


~~ (jangan pernah mendua!!!)~~

Tuesday 27 December 2011

I'm Proud to be Islam


Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah? [Sila Share]

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……


#-cOpy frOm fesbuk !

Monday 26 December 2011

Bilik Mayat Paling Seram Di Dunia

Bilik mayat, seperti kita ketahui adalah sebuah bilik yang digunakan untuk menyimpan mayat sebelum akhirnya dikebumikan. Banyak yang menganggap bilik jenazah ini tempat yang menakutkan, bagaimana tidak, di dalamnya tersimpan pelbagai mayat manusia yang semasa hidupnya boleh saja seorang penjahat, korban pembunuhan, rogol dan mereka yang meninggal akibat penyakit taboo.
Bahkan tidak ada seorang pun yang ingin memasukinya, kerana itu adalah khabar buruk dan sedih. Ini 5 bilik jenazah tua yang diabaikan di seluru penjuru dunia:

1. Bilik Jenazah yang tidak diketahui kewujudannya , Gambar bilik jenazah ini diabadikan oleh seorang jurugambar yang enggan menyebutkan lokasi dan nama. Sehingga dalam kes yang satu ini, kami tidak mempunyai maklumat secara detail. Namun sang jurugambar hanya mengatakan, "Bangunan ini terakhir digunakan pada tahun 2009. Di sebuah tempat yang tidak dikenali  beberapa kemudahan seperti elektrik, peralatan kerja dan saluran air masih berfungsi dengan baik. Gedung ini juga memiliki kamera pengawas (CCTV) besar yang mengarah ke segala penjuru bilik dan laman.Bilik Jenazah yang tidak diketahui kewujudannya (Sumber: environmentalgraffiti.com) Keadaan dan situasi bilik yang kelihatan di dalam gambar ini kelihatan diabaikan dan semakin memburuk. Namun pastinya di bilik ini pernah menyimpan beberapa mayat manusia. Beberapa mayat yang menanti untuk dibedah dan diotopsi. Tidak saja mayat yang mempunyai identiti tetapi juga sebaliknya, yang sering membuat bingung para ahli patologi memberikan nama kepada jenazah tersebut.Bilik Jenazah yang tidak diketahui kewujudannya (Sumber: environmentalgraffiti.com) 

2. Bilik Jenazah di Ellis Island, di Kota New York . Ellis Island adalah sebuah gerbang utama bagi para pendatang asing yang berbondong-bondong mendatangi Amerika Syarikat antara tahun 1892 dan 1954. Perlu anda ketahui bahawa sebanyak 3,000 nyawa telah melayang di bilik jenazah, sebuah angka hebat bagi rumah sakit yang ketika itu masih berfungsi di kawasan Ellis Island ini.Bilik Jenazah di Ellis Island (Sumber: environmentalgraffiti.com) Sang jurugambar mengatakan, "pada tahun 2008 ini aku mendapatkan sebuah keberuntungan, kerana mendapat kesempatan langka untuk mengabadikan sebuah bahagian dari sejarah New York, sebuah kawasan yang masih tertutup untuk umum dan para pelancong. Kami berjalan menyusuri setiap bilik di dalam rumah sakit, yang menampung pesakit gangguan jiwa dan penyakit berjangkit lain. Sebuah kesempatan langka ketika boleh berada dalam sebuah bilik yang mempunyai sejarah, melihat dan mengabadikan bilik jenazah dan sebuah tungku


3. Bilik Jenazah di Sanotarium Tidak Dikenali, di Jerman Gambar bilik jenazah ini diambil oleh seorang petualang urban, yang ketika itu sedang melakukan perjalanannya di sebuah kawasan di Jerman. Kepada Times.com ia mengatakan, "aku pernah melawat beberapa bilik jenazah di pelbagai belahan dunia dan harus katakan bahawa itu adalah sebuah tempat yang menyeramkan. Selalu terselit dalam fikiran ketika kita membayangkan apa yang pernah berlaku di bilik-melihat pelbagai benda yang masih tersisa, dan beberapa tempat bahkan mempunyai peralatan kuno yang melengkapkan ruang jenazah.
Ruang otopsi ini kelihatan kecil dan sempit, Diduga bahawa bilik ini digunakan untuk mengotopsi mayat yang keadaannya sudah tidak baik lagi -bilik ini mempunyai tingkap dan penapis bilik untuk membuang bau yang dihasilkan oleh mayat tersebut, sehingga seorang patholog boleh bekerja dengan selesa.


4. Kamar Jenazah Tak Dikenali, di Inggeris. Gambar ini ini bukanlah oven pembakar roti, namun tempat simpanan jenazah yang nantinya akan dikenalpasti dan diotopsi. Kami bertanya (times.com) kepada sang jurugambar seandainya ia merasakan sesuatu yang aneh ketika berada di tempat ini, ia menjawab tidak merasakan sesuatu yang aneh dalam atmosfera bilik jenazah itu.

Berdasarkan keterangan yang ada, di sekitar bilik jenazah ini selalu terlihat tentera gurkha yang berkawal (tentera buatan Inggeris yang dianggotai bangsa Nepal dan India) sehingga membuat sang jurugambar sukar mendapatkan jumlah gambar yang baik.

sAhabAtku

#-sudut videO-#