Monday 26 December 2011

pabila bOring menguasai diri ~


Disebabkan sekolah dah nak membuka tirai baru tak lama lagi , mesti ramai yang merungut pasal sesuatu ni .. Boleh dikatakan kat setiap sekolah mesti ada sahaja yang merungut pasal dia ni . Nak tau siapa ? The one and only , HOMEWORK ! Memang sejak azali lagi , sekolah memang xdapat dipisahkan daripada si homework ni .. Tapi kalau nak berjaya mesti rajin buat kan ? kan ? Kekadang tu macam penat jugalah tapi nak buat macam mana , dah nasib badan terima jelah . Jadi , untuk mengelakkan korang rasa penat dan pening tahap gaban sampai rasa nak campak je homework korang tu , aida nak berikan sedikit tips untuk korang .. *eleh , sekolah menengah pun belum dah pandai nak bagi aku tips , pegi daa ! <--- Mesti korang akan cakap macam ni kan ? Sebenarnya ni pendapat aida sahaja , nak share dengan kamu semua . Sharing is caring , right ? :)

1. Berehat selama lima minit dan lakukan senaman ringan seperti mengurut bahagian mata , memusing-musingkan kepala , menggelekkan pinggang dan menahan siku . Senaman2 ni dapat membuatkan anda rasa lebih selesa untuk meneruskan pembelajaran .

2. Setelah habis belajar , bacalah bahan bacaan yang ringan dan boleh membuatkan anda tertawa.  Secara tidak langsung , semasa anda ketawa , anda dapat menghilangkan stress dengan lebih banyak kerana ketawa merupakan penawar stress yang baik . Ketawa juga dapat merehatkan otot2 pipi yang banyak bekerja semasa anda muram dan tidak senyum belajar .

3. Pergilah berjalan-jalan di taman pada waktu petang . Dengan suasana yang aman dan indah dapat menenangkan otak kita . Tumbuhan berwarna hijau dan udara yang segar dapat merangsang otak supaya berada dalam keadaan yang tenang . Sambil2 tu dapat juga menikmati keindahan alam sekitar ciptaan-Nya .

4. Dengarkan lagu2 kegemaran anda . Kalau anda menyukai lagu yang bergenre rancak , menarilah mengikut rentak lagu tu . Tak kisah lah anda pandai menari atau tidak , yang penting anda happy . Sistem pendengaran dapat mempenaruhi mood kita , jadi bergembiralah dengan mendengar lagu kegemaran anda . Sure selepas itu , anda akan rasa jauh lebih baik .

5. Sekali-sekala apa salahnya pergi keluar dengan kawan2 tengok wayang dan berbual . Tetapi dengan yang sejenis ya , jangan dengan boyfriend / girlfriend pula , itu namanya dating . Tukar2 lah cerita sesama sendiri , mesti ada banyak yang ingin dikongsi bersama . Dapat juga membuka minda dengan mendengar pelbagai cerita menarik dan jalan bersama-sama .

6. Jangan buat kerja di atas katil . Ini mesti ramai yang buatkan . Bestnya buat kerja sambil golek2 dan peluk bantal busuk . Baru je berazam nak siapkan kerja sekolah , tup tup 5 minit kemudian dah dibuai mimpi . Dan kalau kerja anda belum siap lagi , tengok katil je tertekan tengok berapa banyak lagi kerja belum buat , tak tidur sebab tak nak tengok katil dah . Nanti dekat sekolah bukan sahaja tak siap kerja malah tak cukup tidur ! Ish ish ish ..

7. Tidur . Semasa kita tidur , seluruh badan kita akan berehat dan secara tidak langsung dapat merehatkan minda kita daripada sebarang tekanan . Lagilah kalau semasa tidur tu mimpi pulak boyfriend/girlfriend korang , tidur senyum je kan . Bangun daripada tidur terus ingat dia dan bersemangat . Tapi bukan bersemangat nak call ke ajak date ke , bersemangat nak belajar :)

Rasanya itu sahaja pendapat aida yang dapat dikongsikan kali ni . Harap tips2 di atas dapat membantu anda semua . Insya-Allah lain kali aida akan cuba berikan lebih banyak tips ya :)

No comments:

Post a Comment

sAhabAtku

#-sudut videO-#