sahabat sejati ::
"Aku mengasihi semua sahabatku
dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku.
Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika
aku hidup atau selepas aku mati."
"Ketahuilah mengasingkan diri
lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Jika tidak ketemui
sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri."
"Duduk
sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada
bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka."
"Ingatlah
wahai saudara Islamku sekalian,tenanglah kamu dalam menghadapi
perjalanan hidup ini.Sepanjang usiaku yang semakin tua,semakin sukar aku
temukan di dunia ini sahabat sejati.Ku tinggalkan orang jahat kerana
banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana
kebaikannya sedikit."
"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak
mempunyai dengki,hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara
permusuhan.Ketika musuhku lalu di depanku, aku menghormatinya.Semua itu
kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan
kemungkaran."
"Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan
persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal
itu kepada orang yang kucintai.Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu
akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia
bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim."
"Kadangkala aku
terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana
walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang
tersesat.Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi
petunjuk."
"Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik
kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka
bumi ini.Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang
menipu dan memperdayakanmu."
"Jika seseorang tidak dapat menjaga
maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain,
tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.Ramai
orang lain dapat menjadi penggantinya."
"Berpisah dengannya
bererti beristirehat.Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan
daya usaha yang keras untuk mempertahankannya.Tidak semua orang yang
kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan
sikap biadap."
"Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia
tidak memperdulikan kesetiaan.Dia akan memungkiri jalinan kasih yang
dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit."
"Selamat
tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati
janji.Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati
manusia.Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh
kemuliaan hidup di dunia ini."
*Masih mencari sahabat sejati, mungkinkah ketemu suatu hari nanti?
No comments:
Post a Comment